Khamis, 25 Oktober 2012

Kampung Halamanku


Sejarah

Kampung Padang Tembak (Kawasan Lapang Sasar)

Bermula dengan kawasan belukar dan dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan di awal penerokaan, Kampung Padang Tembak telah pun menjadi antara kampung yang indah, permai dan dihuni oleh pelbagai lapisan kaum seiring dengan usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. Kampung ini telah dibuka secara rasmi pada 1993 oleh keluarga Lebai Hassan bersama isterinya dan anaknya yang masih kecil ketika itu. Setelah beliau menjadikan kawasan ini sebagai penempatan, maka terdapat ramai orang yang ingin menetap dan tinggal di sini. Mereka lantas bekerjasama membersihkan kawasan hutan, membuka kampung dan menjalani hidup dengan membuka kebun sendiri dengan mengusahakan tanaman seperti ubi, pisang dan macam-macam lagi.
Menyingkap kembali asal-usul nama Padang Tembak adalah bersempena sebuah kawasan lapang sasar peninggalan tentera British sekitar 1940-an. Dari situlah Kampung Padang tembak menjadi terkenal ditambah pula dengan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan pusat pelancongan, Teluk Batik dan kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Kampung Padang Tembak kini telah mencatat sejarah tersendiri kerana terpilih sebagai salah sebuah Kampung Gerakan Daya Wawasan untuk kawasan Lumut. Anugerah ini diwujudkan untuk mencapai matlamat dan falsafah pembangunan secara menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar. Apabila sudah terpilih, kampung ini berpeluang untuk mendapatkan kemudahan yang telah dirancang oleh kerajaan dan sudah semestinya ia akan turut memberi tempias kemajuan dan kesejahteraan kepada penduduk di sini. Masyarakat di sini juga sangat cintakan kampung mereka dan sanggup untuk membantu apa sahaja supaya kampung ini dikenali oleh orang luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan